RSS
Hari yang mendung jangan disangka akan hujan..
Hari yang panas jangan disangka akan sentiasa terik..
Kerana kita juga sebagai manusia sering berubah-rubah..
Yang hidup pasti akan mati..
Yang bahagia tak selamanya gembira..
Yang bersedih pasti akan suatu hari dapat kecapi kebahgiaan..
Kalau semalam ada kehilangan..
Pasti ada sesuatu yang pasti ditemui..
Pastinya yang lebih baik dari yang pergi..
Yang dicari belum pasti kita miliki..
Yang kita miliki belum pasti sampai mati kita yang punya..
Kalau itu kita yang punya belum tentu semua kita yang punya..
Pasti ada bahagiannya untuk yang lain..
Kalau semalam mimpi itu hanya impian..
Maka suatu hari nanti pasti ada jalan jadi kenyataan..
Kalau itu bagi mu susah..
Maka suatu hari pasti membawa kesenangan..
Kalau ada yang sukar ditemui..
Maka sudah pasti itu adalah yang paling istimewa..
Maka ia akan jadi yang paling sukar dimiliki..
Jika itu sudah kau miliki..
Pasti itu menjadi yang paling sukar kau tanggungi..
Kejayaan datang bukan dengan mudah..
Kerna ia bermula dari disiplin..
Diikuti dengan cita-cita..
Ditaburi dengan doa..
Diiringi dengan usaha..
Dipenuhi dengan keikhlasan..
Dipimpin dengan rasa suka dan cinta..
Dan diakhiri dengan kebahgiaan..
Janganlah kau sia-siakan setiap detik..
Tika kau masih bernafas..
Jasadmu masih bernyawa..
Adanya antara dua..
Maka hari-hari mu itu akan tersisa..
Sama ada dengan cinta…
Atau dengan kepura-puraan..
Manusia itu sama..
Yang berbeza hanya nasib dan pandangannya dari sisi tuhan..
Yang hanya boleh membezakan..
Adalah kejayaan..
Adalah ketaatan..
Adalah kesabaran..
Adalah usahanya..
Adalah kekuatan..
Adalah keimanan..
Adalah keikhlasan..
Kita tidak sempurna..
Maka jangan sesekali jadikan kita sempurna..

hayatilah…tiada tajuk..tapi ada makna… J
p&f (love side)